Pairing TPMS sensors

Ini cara pairing TPMS sensor biasa yang ada display. Yang pakai app, belum cuba. Pairing ini kepada display nya.

Yang di tunjuk di video ini lain dari yang aku punya tapi display nya serupa. Kod nya pun sama, sebab itu berjaya.

menu button di tengah, sama saja, tapi pemilih nya sebelah kanan, macam jenis Jansite TPMS. Kemudian, tekan menu 6 kali untuknya, tapi aku punya perlu 2 kali saja. Ada di tunjuk dalam manual tapi lepas tu bingung aku. 

Ada penerangan bahawa kod bertukar nombor, 0 di front left, tapi sewaktu aku pilih, yang 1 pula terakhir. Di video ini, 1 adalah front right, jadi 2 rear left, 3 rear Right. Penting ini sebab kalau salah, sensor bagus pula di tukar.

sensor sensor TPMS semua nya ada label, fl, fr dll, tapi label ini tidak penting. Boleh tukar pun.

Aku ada 2 set TPMS yang rosak. satu tiada USB charger ya, tapi solar masih boleh. satu pula rosak display sebab selalu jatuh. Lagi pun kedua dua mereka, tidak jelas sudah nombor mereka.

Aku perasan yang sensor sensor TPMS ini tahan. Perlu tukar bateri selalu. cuma boleh beli di MrDiy, bateri 1632.

Satu sensor ku hilang, sebab itu aku perlu tukar dari yang display mereka rosak.  Tinggal 7 lah spare. satu RR sudah pakai, tinggal satu lagi RR sebagai spare. yang lain pun boleh pakai tapi perlu ubah label mereka.

TPMS ini penting. banyak kali selamatkan tayar ku. kalau dulu, berkali kali tayar pancut tidak sedar. sekarang, nyaris nyaris saja. Ada sekali mau pancut, sempat aku berhenti depan restoran di Telupid.

sekarang pun ada satu tayar yang asyik kurang angin. sudah periksa bocor, tapi masih tidak dapat di kesan. mungkin rim bengkok dan angin keluar sewaktu berjalan sahaja 

https://youtu.be/kbwG3-Ej7WM

Comments

Popular posts from this blog

A Short Guide To Metric Nuts and Bolts

CAN Bus Wiring Diagram, a Basics Tutorial

Best Free CFD Tutorial: FreeCAD Openfoam CFD Workbench